Tuesday, April 30, 2013

Pemantau Rakyat Di Jalanan

Aktiviti Jalanan Pemantau Rakyat Kelantan di Kota Bharu
" Mana2 guru besar sekolah paksa guru guru tampal sticker T, buat laporan polis"

Itu laungan dan teriakan kami dijalan bandar Kota Bharu.  Kami mengajak semua rakyat Kelantan, jangan biarkan BN memperalatkan sekolah dan guru besar jadi alat perkakas mereka.

Sekolah dibina dengan duit rakyat.  Bukan duit UMNO.   Guru besar dibayar gaji dengan duit rakyat.  Bukan duit UMNO.

Lalu kenapa sekolah diperalat untuk memenuhi tamak haloba UMNO.

Pemantau Rakyat Kelantan menyeru semua guru, keluarga mereka, aktivis dan rakyat, untuk bertindak terhadap penipu ini.


271 Kakitangan SPR Terlibat Kempen BN, Pemantau Buat Laporan Polis

Photo: Bila rakyat memantau!
Laporan Polis oleh Tim Pemantau Rakyat parlimen Kota  Bharu
Apa akan jadi jika kakitangan SPR dipaksa mengikuti kempen BN.  Adillkah sebuah pilihanraya jika kakitangan pengendali pilihanraya  dipaksa mendengar kempen BN.

Itu yang berlaku di Kelantan.  Apa pula tindakan rakyat.  Kami bersama memerangi salahgunakuasa ini.

Bersama rakan rakan pasukan pemantau rakyat, kami membuat laporan polis bagi mengheret Jabatan Pelajaran Kelantan, UMNO dan SPR ke muka pengadilan. 

Saturday, April 20, 2013

Pantau Penamaan Calon

Ketereh, 20 April 2013-Seluruh tumpuan negara pada hari ini adalah proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Umum ke-13. Tarikh dan masa yang dinanti oleh masyarakat yang prihatin akan masa depan kepimpinan negara dan demokrasi rakyat. Pemantau Rakyat bergerak ke salah satu pusat penamaan calon di Kelantan, iaitu Majlis Daerah Ketereh.

Pasukan 5 anggota Pemantau turun ke Ketereh. Kem Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional, keduanya kami lawati.

Pasukan Pemantau Rakyat mendekati penyokong PR dan BN mendapatkan maklumat dan memberi penerangan tentang fungsi dan peranan Pemantau






Wednesday, April 10, 2013

Pantau Penipu PRU....Jangan Biar Mereka Terlepas


Tekan SPR..Hantar Memo.. Suarakan Kehendak Rakyat

Penyerahan Memorandum Kepada Pengarah SPR Kelantan

   

Pantau Pelekat Di bangunan Kerajaan

Pelekat Kempen BN di Wisma Persekutuan Kota Bharu

Bangunan kerajaan dibina dengan duit rakyat, bukan daripads duit parti BN atau PR. Ianya sepatutnya memberi khidmat seadilnya kepada rakyat, tak kira parti manapun disokong oleh mana mana rakyat.

Adalah menyedihkan saat kami berkunjung ke SPR Kelantan, ada org yang tak beranggungjawab menampal pelekat parti BN.

Teguran kami mendapat sokongan ramai kakitangan disitu.  Cuma akibat tekanan politik mereka membantah secara diam, dan pastinya menyatakan kemarahan mereka kepada parti yang menyalahguna agensi kerajaan, melalui peti undi.

Kemudian ada seorang kakitangan kerajaan mengoyak pelekat tersebut. Ia adalah kemenangan rakyat.

Tuesday, April 9, 2013

Karya Anak Muda Kelantan...Logo Baru Pemantau Kelantan

Ada seorang anak muda yang hebat di Kelantan.  Karya beliau melakari billboard dan iklan politik di Kelantan. 

Beliau masih belajar.  Namun potensi yang beliau miliki sangat menyerlah.  Karya beliau dicari cari oleh mereka yang mahukan idea segar dan ilham yang mengagumkan.

Pemantau Kelantan mengucapkan berbanyak terima kasih kepada anak muda ini. Logo ini tidak dibayar oleh kami.  Namun ianya dihargai oleh banyak pihak.

Logo ini dihasilkan oleh anak muda yang terdedah dengan aktivisme. Ia satu dari ribuan karya beliau di Kelantan.  Keberanian, kehandalan dan ketepatan milik anak muda ini.

Doa kami buat Sang Pengkarya muda.